Pages

Saturday 20 April 2013

SET INDUKSI DALAM MIKRO PENGAJARAN MATEMATIK



SET INDUKSI DALAM P&P MATEMATIK

TOPIK:         WANG HINGGA RM10 000
SUB TOPIK: Membaca Dan Menulis Wang Hingga RM10 000

Langkah/ masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru & Murid
Strategi/Kaedah/ABM/
nilai/KBBK
Set Induksi
( 5 minit )
1. Guru menunjukkan satu beg. Murid diminta meneka benda-benda yang ada dalam beg tersebut.
2. Murid diminta mengeluarkan ' benda-benda' (contoh wang ) yang ada di dalam beg.
3. Murid-murid menampalkan wang mainan / contoh wang dan menuliskan nilai wang tersebut pada papan tulis.
3. Guru bersoal jawab mengenai matawang baru Malaysia dan membuat perbezaan antara wang baru dengan wang lama.
4. Murid diminta menyusun semula wang kertas dan syling tersebut dan memilih kad yang betul yang menandakan jumlah wang tersebut.
    RM578.40
 
Contoh :      

5. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran : Cara membaca dan menulis sejumlah wang dalam ringgit dan sen.
Strategi : Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah : Penyoalan, Inkuiri penemuan, perbincangan
ABM: wang mainan/contoh wang, beg kitar alam, ' blu-tack', kad harga

PENGENALAN SET INDUKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJRAN MATEMATIK

Set induksi ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.
            Dalam melaksanakan set  induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat  tangan dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat  audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik bersoal jawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang menarik. Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas.
             Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untuk membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.

4 comments: