Pages

Saturday 20 April 2013

PENGENALAN MATA WANG MALAYSIA


MENGENAL WANG MALAYSIA
Kemahiran mengenal wang amat penting kerana ia adalah salah satu kemahiran yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Kita memerlukan wang untuk mendapatkan keperluan harian kita seperti makanan dan minuman, tempat tinggal dan perkhidmatan.

Oleh itu, kemahiran mengenal wang adalah antara kemahiran yang wajib dikuasai dari tahap 1 lagi. Terdapat dua jenis wang iaitu wang kertas dan wang syiling. 

Wang kertas yang biasa digunakan dalam kehidupan harian kita ialah RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Manakala syiling pula terdiri daripada 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.



Pada 21 Disember 2011, wang kertas RM20 diperkenalkan semula bersama wang kertas baru yang lain adalah RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.
Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50.


Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
Wang berwarna kuning keemasan ini memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.


Untuk makluman semua,
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.
                    


No comments:

Post a Comment