Pages

Monday, 29 April 2013

VIDEO MIKRO PENGAJARAN

VIDEO MIKRO PENGAJARAN ---SET INDUKSI



                                           TOPIK PENGAJARAN--WANG HINGGA RM10 000



REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN


Pengenalan
Saya telah melaksanakan pengajaran mikro pada tarikh 18 April 2013 bersamaan Hari Khamis . Saya telah meminta bantuan rakan sejawat  untuk mengambil rakaman pengajaran mikro yang dijalankan. Mikro pengajaran ini dibuat dalam masa 5 minit yang mana saya telah memilih kelas saya iaitu kelas Tahun 4 Kuning yang terdiri daripada 39 orang murid. Mata pelajaran yang diajar ialah Matematik Tahun 4.  Saya telah memilih langkah pengajaran iaitu mencungkil idea  atau dikenali sebagai set induksi bagi menyiapkan tugasan pengajaran mikro tersebut. Murid-murid Tahun 4 Kuning merupakan kelas yang  boleh diklasifikasikan sebagai kelas sederhana. Hampir 95% murid-murid di sekolah ini adalah terdiri daripada kaum Cina yang bertutur Bahasa Cina dalam keluarga mereka. Oleh sebab itulah saya terpaksa menggunakan Bahasa Cina dalam mikro pengajaran saya kali ini supaya P&P dapat dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran mikro yang telah dilakukan, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Kekuatan  dalam Pengajaran Mikro.
 1. Saya menggunakan teknik penyoalan jenis teka-teki iaitu meneka objek yang ada di dalam beg. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah tajuk yang akan dipelajari .Nampaknya murid-murid begitu berminat sekali meneka benda yang terdapat dalam beg yang ditunjukkan oleh guru.
 2. Dalam kaedah mencungkil idea saya mengharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi sebelum pergi ke langkah  pengajaran yang seterusnya. Harapan saya telah tercapai kerana murid-murid menjadi bermotivasi sehinggakan mereka begitu seronok belajar dan ini akan lebih memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang seterusnya.
 3. Maklum balas daripada murid-murid begitu memberansangkan kerana penglibatan murid secara aktif dengan berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan.Faktor ini adalah sangat penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan.
 4. Apabila saya keluarkan wang mainan dari beg, saya dapati murid-murid seronok dan memberi penumpuan serta aktif dengan memberi respon. Ini menunjukkan bahawa ABM yang saya gunakan ini cukup menarik perhatian mereka disamping dapat digunakan untuk mengaitkan dengan pengenalan mata wang Malaysia yang akan saya sampaikan dalam mikro pengajaran saya.
      
   Kelemahan dalam Pengajaran Mikro dan Cadangan Penambahbaikan
1.Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya mendapati tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan  melebihi masa yang dirancang. Dalam perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu selama lima minit tetapi ia telah dijalankan lebih daripada 5 minit. Sebagai tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran, saya perlu bijak menguruskan masa dan merancang set induksi agar tidak mengambil masa yang terlalu lama.
2.Melalui pemerhatian rakaman video, barulah saya mengetahui bahawa air muka yang serius yang ditonjolkan oleh saya memang akan menjejaskan hubungan rapat antara saya dengan murid. Di samping itu, komunikasi lisan saya hendaklah disertakan dengan komunikasi bukan lisan seperti ukiran senyuman, ekspresi muka, pergerakan tangan yang membantu memberi makna yang lebih jelas. Dengan cara ini, barulah saya tidak dilebelkan sebagai guru yang garang.
3.Selain memberi peluang untuk menjawab, saya juga boleh merangsang minat dan penglibatan murid dengan memberikan peneguhan positif dan pujian seperti baik, bagus dan sebagainya untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka.

Penutup

Walaupun rakaman mikro pengajaran ini adalah pendek, namun ia telah memberi impak yang mendalam kepada saya untuk memperbaiki kelemahan saya semasa P&P di dalam bilik darjah pada masa kelak. Refleksi yang dibuat ini akan memberi peluang kepada saya mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan.
Refleksi ini juga menyediakan situasi yang kondusif untuk pembelajaran berlaku dan membantu saya belajar daripada pengalaman. Ini akan juga mengalakkan pembinaan pengetahuan baru, membawa kepada kefahaman yang lebih luas, dan mewujudkan kesedaran kendiri dan metakognisi yang lebih tinggi. Oleh itu membuat refleksi merupakan kemahiran yang amat berguna dalam membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi dan professional saya.
  



2 comments: