TOPIK PENGAJARAN--WANG HINGGA RM10 000
Refleksi
ini juga menyediakan situasi yang kondusif untuk pembelajaran berlaku dan
membantu saya belajar daripada pengalaman. Ini akan juga mengalakkan pembinaan
pengetahuan baru, membawa kepada kefahaman yang lebih luas, dan mewujudkan
kesedaran kendiri dan metakognisi yang lebih tinggi. Oleh itu membuat refleksi merupakan
kemahiran yang amat berguna dalam membantu pembelajaran sepanjang hayat dan
perkembangan peribadi dan professional saya.
REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN
Pengenalan
Saya telah melaksanakan pengajaran
mikro pada tarikh 18 April 2013 bersamaan Hari Khamis . Saya telah meminta
bantuan rakan sejawat untuk mengambil rakaman pengajaran mikro yang
dijalankan. Mikro pengajaran ini
dibuat dalam masa 5 minit yang mana saya telah memilih kelas saya iaitu kelas
Tahun 4 Kuning yang terdiri daripada 39 orang murid. Mata pelajaran yang diajar
ialah Matematik Tahun 4. Saya
telah memilih langkah pengajaran iaitu mencungkil idea atau dikenali sebagai set induksi bagi menyiapkan
tugasan pengajaran mikro tersebut. Murid-murid
Tahun 4 Kuning merupakan kelas yang boleh diklasifikasikan sebagai
kelas sederhana. Hampir 95% murid-murid di sekolah ini adalah terdiri daripada
kaum Cina yang bertutur Bahasa Cina dalam keluarga mereka. Oleh sebab itulah
saya terpaksa menggunakan Bahasa Cina dalam mikro pengajaran saya kali ini
supaya P&P dapat dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang tempoh pelaksanaan
pengajaran mikro yang telah dilakukan, saya mendapati terdapat beberapa
kelemahan dan kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Kekuatan dalam Pengajaran
Mikro.
1. Saya menggunakan
teknik penyoalan jenis teka-teki iaitu meneka objek yang ada di dalam beg. Ini
adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah tajuk yang akan dipelajari
.Nampaknya murid-murid begitu berminat sekali meneka benda yang terdapat dalam
beg yang ditunjukkan oleh guru.
2. Dalam kaedah
mencungkil idea saya mengharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi sebelum
pergi ke langkah pengajaran
yang seterusnya. Harapan saya telah tercapai kerana murid-murid menjadi
bermotivasi sehinggakan mereka begitu seronok belajar dan ini akan lebih
memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang seterusnya.
3. Maklum balas
daripada murid-murid begitu memberansangkan kerana penglibatan murid secara
aktif dengan berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang
diajukan.Faktor ini adalah sangat penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna
dan berkesan.
4. Apabila saya
keluarkan wang mainan dari beg, saya dapati murid-murid seronok dan memberi
penumpuan serta aktif dengan memberi respon. Ini menunjukkan bahawa ABM yang
saya gunakan ini cukup menarik perhatian mereka disamping dapat digunakan untuk
mengaitkan dengan pengenalan
mata wang Malaysia yang akan
saya sampaikan dalam mikro pengajaran saya.
Kelemahan dalam
Pengajaran Mikro dan Cadangan
Penambahbaikan
1.Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya mendapati
tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan melebihi masa yang
dirancang. Dalam perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu
selama lima minit tetapi ia telah dijalankan lebih daripada 5 minit. Sebagai
tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran, saya perlu bijak menguruskan
masa dan merancang set induksi agar tidak mengambil masa yang terlalu lama.
2.Melalui pemerhatian rakaman video, barulah saya mengetahui bahawa air muka yang serius yang ditonjolkan oleh saya memang akan menjejaskan
hubungan rapat antara saya dengan murid. Di samping itu, komunikasi lisan saya
hendaklah disertakan dengan komunikasi bukan lisan seperti ukiran senyuman,
ekspresi muka, pergerakan tangan yang membantu memberi makna yang lebih jelas. Dengan
cara ini, barulah saya tidak dilebelkan sebagai guru yang garang.
3.Selain memberi peluang untuk
menjawab, saya juga boleh merangsang minat dan penglibatan murid dengan
memberikan peneguhan positif dan pujian seperti baik, bagus dan sebagainya
untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka.
Penutup
Walaupun
rakaman mikro pengajaran ini adalah pendek, namun ia telah memberi impak yang
mendalam kepada saya untuk memperbaiki kelemahan saya semasa P&P di dalam
bilik darjah pada masa kelak. Refleksi yang dibuat ini akan memberi peluang
kepada saya mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh
dimanfaatkan.