Pages

Sunday, 8 September 2013

“爪”字有两个读音:zhǎo和zhuǎ。这两个读音所表示的两个具体意义几乎没有差别,但是在语用色彩 上却有很细微的差别.稍不注意,就会被忽视。比如说,“猫的前爪”与“龙的前爪”,其中“爪”字读音一样吗?很多人搞不清楚,也不想去搞清楚。即使有人知 道正确答案,恐怕也不容易说出其中的道理。

“爪”,泛指鸟兽的脚,大多情况读zhuǎ,例如“这种药材很像鸡爪”“小花猫举起前爪不住地抹脸”;也引申指某些器物的脚,例如“炒菜锅碰掉了一个爪”。

“爪”的另一个读音是zhǎo,也指鸟兽有尖甲的脚,但跟读zhuǎ音的“爪”在语用侧重点和语用色彩上有所不同。读zhǎo和读zhuǎ的区别之一在手 侧重点不同,读zhǎo,侧重在尖利的趾甲,例如“鹰爪”“虎爪”“脚爪”像野兽一样张牙舞爪";读zhuǎ,侧重在整只脚。...

Monday, 29 April 2013

VIDEO MIKRO PENGAJARAN

VIDEO MIKRO PENGAJARAN ---SET INDUKSI



                                           TOPIK PENGAJARAN--WANG HINGGA RM10 000



REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN


Pengenalan
Saya telah melaksanakan pengajaran mikro pada tarikh 18 April 2013 bersamaan Hari Khamis . Saya telah meminta bantuan rakan sejawat  untuk mengambil rakaman pengajaran mikro yang dijalankan. Mikro pengajaran ini dibuat dalam masa 5 minit yang mana saya telah memilih kelas saya iaitu kelas Tahun 4 Kuning yang terdiri daripada 39 orang murid. Mata pelajaran yang diajar ialah Matematik Tahun 4.  Saya telah memilih langkah pengajaran iaitu mencungkil idea  atau dikenali sebagai set induksi bagi menyiapkan tugasan pengajaran mikro tersebut. Murid-murid Tahun 4 Kuning merupakan kelas yang  boleh diklasifikasikan sebagai kelas sederhana. Hampir 95% murid-murid di sekolah ini adalah terdiri daripada kaum Cina yang bertutur Bahasa Cina dalam keluarga mereka. Oleh sebab itulah saya terpaksa menggunakan Bahasa Cina dalam mikro pengajaran saya kali ini supaya P&P dapat dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran mikro yang telah dilakukan, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Kekuatan  dalam Pengajaran Mikro.
 1. Saya menggunakan teknik penyoalan jenis teka-teki iaitu meneka objek yang ada di dalam beg. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah tajuk yang akan dipelajari .Nampaknya murid-murid begitu berminat sekali meneka benda yang terdapat dalam beg yang ditunjukkan oleh guru.
 2. Dalam kaedah mencungkil idea saya mengharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi sebelum pergi ke langkah  pengajaran yang seterusnya. Harapan saya telah tercapai kerana murid-murid menjadi bermotivasi sehinggakan mereka begitu seronok belajar dan ini akan lebih memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang seterusnya.
 3. Maklum balas daripada murid-murid begitu memberansangkan kerana penglibatan murid secara aktif dengan berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan.Faktor ini adalah sangat penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan.
 4. Apabila saya keluarkan wang mainan dari beg, saya dapati murid-murid seronok dan memberi penumpuan serta aktif dengan memberi respon. Ini menunjukkan bahawa ABM yang saya gunakan ini cukup menarik perhatian mereka disamping dapat digunakan untuk mengaitkan dengan pengenalan mata wang Malaysia yang akan saya sampaikan dalam mikro pengajaran saya.
      
   Kelemahan dalam Pengajaran Mikro dan Cadangan Penambahbaikan
1.Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya mendapati tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan  melebihi masa yang dirancang. Dalam perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu selama lima minit tetapi ia telah dijalankan lebih daripada 5 minit. Sebagai tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran, saya perlu bijak menguruskan masa dan merancang set induksi agar tidak mengambil masa yang terlalu lama.
2.Melalui pemerhatian rakaman video, barulah saya mengetahui bahawa air muka yang serius yang ditonjolkan oleh saya memang akan menjejaskan hubungan rapat antara saya dengan murid. Di samping itu, komunikasi lisan saya hendaklah disertakan dengan komunikasi bukan lisan seperti ukiran senyuman, ekspresi muka, pergerakan tangan yang membantu memberi makna yang lebih jelas. Dengan cara ini, barulah saya tidak dilebelkan sebagai guru yang garang.
3.Selain memberi peluang untuk menjawab, saya juga boleh merangsang minat dan penglibatan murid dengan memberikan peneguhan positif dan pujian seperti baik, bagus dan sebagainya untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka.

Penutup

Walaupun rakaman mikro pengajaran ini adalah pendek, namun ia telah memberi impak yang mendalam kepada saya untuk memperbaiki kelemahan saya semasa P&P di dalam bilik darjah pada masa kelak. Refleksi yang dibuat ini akan memberi peluang kepada saya mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan.
Refleksi ini juga menyediakan situasi yang kondusif untuk pembelajaran berlaku dan membantu saya belajar daripada pengalaman. Ini akan juga mengalakkan pembinaan pengetahuan baru, membawa kepada kefahaman yang lebih luas, dan mewujudkan kesedaran kendiri dan metakognisi yang lebih tinggi. Oleh itu membuat refleksi merupakan kemahiran yang amat berguna dalam membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi dan professional saya.
  



Lembaran Kerja

LEMBARAN KERJA : (A) Mengira jumlah nilai wang dalam ringgit dan sen
                                     (B) Menulis nilai wang dalam angka dan perkataan




                                                   
                                                                       

   



Thursday, 25 April 2013

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


A)  Gambar-Gambar Menunujukan Aktivit P&P Yang Dijalankan Di Dalam Bilik Darjah.


1.  Set Induksi - Mengenal mata wang Malaysia

2.     Menentukan nilai wang 

3.  Penerangan - Menulis dan Membaca Jumlah Nilai Wang 





4.  Aktiviti Kumpulan - Menentukan nilai wang untuk sesuatu barang 


5.   Hasil Dapatan Aktiviti Kumpulan
Menulis Nilai wang dalam perkataan



6.  Penerangan Lanjutan - Untuk mengukuhkan Konsep Nilai wang 






7.  Penutup - Latihan / Lembaran kerja

*********************************************************************************************************

B)  Hasil Dapatan Murid Dalam Aktiviti Kumpulan - Topik: Wang 

                                          a.
 
                                                                             
                                         b.


Tuesday, 23 April 2013

ALAT BANTU MENGAJAR

                                       SET WANG MAINAN / CONTOH MATAWANG LAMA








                                                                    KAD HARGA 





Saturday, 20 April 2013

SET INDUKSI DALAM MIKRO PENGAJARAN MATEMATIK



SET INDUKSI DALAM P&P MATEMATIK

TOPIK:         WANG HINGGA RM10 000
SUB TOPIK: Membaca Dan Menulis Wang Hingga RM10 000

Langkah/ masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru & Murid
Strategi/Kaedah/ABM/
nilai/KBBK
Set Induksi
( 5 minit )
1. Guru menunjukkan satu beg. Murid diminta meneka benda-benda yang ada dalam beg tersebut.
2. Murid diminta mengeluarkan ' benda-benda' (contoh wang ) yang ada di dalam beg.
3. Murid-murid menampalkan wang mainan / contoh wang dan menuliskan nilai wang tersebut pada papan tulis.
3. Guru bersoal jawab mengenai matawang baru Malaysia dan membuat perbezaan antara wang baru dengan wang lama.
4. Murid diminta menyusun semula wang kertas dan syling tersebut dan memilih kad yang betul yang menandakan jumlah wang tersebut.
    RM578.40
 
Contoh :      

5. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran : Cara membaca dan menulis sejumlah wang dalam ringgit dan sen.
Strategi : Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah : Penyoalan, Inkuiri penemuan, perbincangan
ABM: wang mainan/contoh wang, beg kitar alam, ' blu-tack', kad harga

PENGENALAN SET INDUKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJRAN MATEMATIK

Set induksi ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.
            Dalam melaksanakan set  induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat  tangan dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat  audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik bersoal jawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang menarik. Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas.
             Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untuk membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.

Soalan Matematik Kertas 2 Tahun 4

Dapatkan contoh soalan di sini :

http://id.scribd.com/doc/31128264/Soalan-Matematik-Kertas-2-Tahun-4http://id.scribd.com/doc/31128264/Soalan-Matematik-Kertas-2-Tahun-4

PENGENALAN MATA WANG MALAYSIA


MENGENAL WANG MALAYSIA
Kemahiran mengenal wang amat penting kerana ia adalah salah satu kemahiran yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Kita memerlukan wang untuk mendapatkan keperluan harian kita seperti makanan dan minuman, tempat tinggal dan perkhidmatan.

Oleh itu, kemahiran mengenal wang adalah antara kemahiran yang wajib dikuasai dari tahap 1 lagi. Terdapat dua jenis wang iaitu wang kertas dan wang syiling. 

Wang kertas yang biasa digunakan dalam kehidupan harian kita ialah RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Manakala syiling pula terdiri daripada 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.



Pada 21 Disember 2011, wang kertas RM20 diperkenalkan semula bersama wang kertas baru yang lain adalah RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.
Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50.


Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
Wang berwarna kuning keemasan ini memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.


Untuk makluman semua,
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.
                    


Wednesday, 17 April 2013

AKTIVITI KUMPULAN DALAM KELAS


Aktiviti Kumpulan

1.  Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
   membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza
   di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
3. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif  untuk
   memperolehi hasil yang sama.
4. Murid-murid dapat belajar melalui rakan sebaya mereka dalam aktiviti ini.
5. Aktiviti kumpulan mampu memupuk kemahiran sosial dan penyelesaian masalah.
6. Ianya juga boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, hormat-
    menghormati dan saling bantu-membantu.


Contoh-Contoh Aktiviti kumpulan:
- Cantuman puzzel
-Main pondok
-Berkebun
-Penerokaan
-Capan
-Menyusun huruf 
-Menyusun perkataan
-Menyusun gambar bersiri






Saturday, 13 April 2013

Apa Itu Matematik ?

                                                        
Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawapan yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara.

Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :


v   “Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.”
v   “Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / 
         perkaitan.”
v   “Matematik adalah suatu bahasa”
v   “Matematik adalah suatu kajian seni”
v   “Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra,
         trigonometri, kalkulus dan sebagainya.”
v   “Matematik adalah satu cara berfikir.”
v   “Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.”

Contoh RPH Matematik Tahun 4

Link berikut adalah Contoh RPH Matematik Tahun 4

http://www.slideshare.net/fazzy1310/rancangan-pelajaran-harian-12140661


Sunday, 7 April 2013

LAGU MATEMATIK


Read and Write the Value of Money

Notes :
1. The value of money is read according to the place value of the
    digits.
2. The decimal point is read as "and". It separates the ringgit from
    the sen.

e.g : RM 2 215.50 is read as two thousand two hundred fifteen
      ringgit and fifty sen.



Let's work it out..........



(A) How much is this amount ?
  




1. __________________                        
                               









2.    _______________         









(B)  Read and Write in words.
     
      1. RM38.50      -

      2. RM567.00    -

      3. RM1 402.20  -

      4. RM7 004.80  -


Friday, 5 April 2013

Topic 4 : Money

Learning Area 1 : Money Up To RM10 000


Learning Objectives:

1. Understand and use the vocabulary related to money
2. Use and apply knowledge of money in real life.


Teaching and Learning Activities :
1. Teacher shows different combinations of notes and coins to    represent a given amount of money.

2. Perform basic operations involving money by writing number sentences in the vertical and horizontal form.

                                              Coins                            

                                              
                                                    Notes